top of page

Program Pusat Sehenti SMJ & Ramah Mesra Komuniti Bersama Ketua Menteri Meriahkan Kota Belud

  • farlisaramly
  • Aug 24, 2025
  • 1 min read

KOTA BELUD, 23–24 Ogos 2025 – Usaha memperkasakan usahawan mikro, kecil dan sederhana terus diperkukuhkan melalui penganjuran Program Pusat Sehenti SMJ Daerah Kota Belud dan Ramah Mesra Komuniti bersama YAB Ketua Menteri Sabah yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di Padang Kampung Pantai Emas, Kota Belud.


Program anjuran Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDA Sabah) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan itu telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah YB Datuk Fairuz Renddan, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N.6 Pintasan.


Pusat Sehenti ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk setempat, khususnya usahawan tempatan, untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat, dan sokongan daripada pelbagai agensi berkaitan keusahawanan dan pembangunan industri.


Dalam ucapannya, YAB Ketua Menteri menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam membantu usahawan luar bandar mengembangkan potensi dan meningkatkan daya saing di pasaran terbuka.


Beliau turut memuji usaha-usaha kementerian yang giat mendekati rakyat secara langsung melalui program seperti ini.


Program dua hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran usahawan, sesi interaktif bersama agensi, jualan produk tempatan, dan ramah mesra bersama pemimpin negeri.


Ratusan warga Kota Belud hadir memeriahkan program ini, menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat sambil memperkukuh pembangunan ekonomi setempat.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page