PRN Sabah: Warisan tanding kesemua 73 kerusi, 60 peratus muka baharu
- latifah ariffin
- Nov 12, 2025
- 1 min read

KOTA KINABALU: Parti Warisan akan bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) pada 29 November ini.
Lebih kurang 60 peratus calon baru dan 30 peratus calon muda dipilih oleh Warisan selepas melalui proses tapisan ketat untuk mengekalkan kebebasan daripada rasuah.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyeru calon untuk berjuang bersama demi masa depan Sabah serta menekankan keperluan bersatu tanpa melibatkan politik yang memecah belah.




Comments