PRN Sabah: Pengundi bandar fokus isu ekonomi, luar bandar utamakan personaliti calon - Penganalisis
- latifah ariffin
- Nov 24, 2025
- 1 min read

LAHAD DATU: Sentimen pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilihat bercampur dan berbeza mengikut demografi, kata Felo Penyelidik ILHAM Centre Mujibu Abd Muis.
Jelasnya, pengundi bandar mempamerkan kecenderungan lebih progresif dengan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan yang merupakan isu yang dianggap selari dengan keperluan harian mereka.
Sebaliknya, pengundi di kawasan luar bandar dan pedalaman masih dipengaruhi faktor etnik serta kesetiaan kepada parti, selain hubungan personaliti calon dan jaringan di peringkat komuniti.“Secara umum saya boleh kongsikan dalam konteks mood pengundi pada ketika ini, saya melihat seolah-olah menunjukkan satu mood yang agak bercampur, ini saya dapati diselang-selikan berdasarkan naratif parti lokal dan isu-isu tempatan.




Comments