PRN Sabah: Keputusan muktamad hanya oleh SPR
- latifah ariffin
- Nov 25, 2025
- 1 min read

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hanya dianggap tepat dan muktamad apabila dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR telah menetapkan 29 November sebagai hari pengundian dengan jumlah pemilih yang layak mengundi sebanyak 1,784,843 orang.
Setiausaha SPR menegaskan bahawa keputusan kiraan undi yang dikeluarkan oleh parti-parti politik mungkin mengandungi kesilapan berbanding dengan keputusan rasmi SPR yang sah, kerana tatacara kiraan yang digunakan berbeza.




Comments