PRN Sabah: BN yakin pertahan DUN Sungai Manila walau berdepan cabaran anak Musa Aman
- latifah ariffin
- Nov 25, 2025
- 1 min read

SU setempat yang membelenggu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila akan dinoktahkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Zaini Tiksun diberi mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Dalam siri kempennya, Zaini menegaskan akan berusaha menyelesaikan isu infrastruktur asas, termasuk jalan raya, bekalan air dan peluang pekerjaan untuk anak tempatan di DUN berkenaan.
Jelasnya, meskipun kawasan Sungai Manila mempunyai potensi besar, masih banyak kemudahan asas yang tertinggal dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan.
“Dari segi infrastruktur, Sungai Manila masih banyak jalan yang belum dinaik taraf dan ada yang masih dalam keadaan daif. Ini antara perkara pertama yang perlu diberi tumpuan,” katanya ketika ditemui di Sungai Manila, semalam.




Comments