PRN Sabah: Bekas KSU KDN berdepan saingan 4 penjuru di DUN Merotai
- latifah ariffin
- Nov 16, 2025
- 1 min read

Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berdepan saingan empat penjuru bagi perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 pada 29 November ini.
Beliau berdepan penyandang kerusi berkenaan, Sarifuddin Hata yang mewakili Parti Warisan selain Hasan Haris mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Impian Sabah (PIS), Rhyme Kassim.




Comments