PRN Sabah: Astro AWANI hasilkan ‘Semboyan Berlagu’, seru kebangkitan pengundi
- latifah ariffin
- Nov 19, 2025
- 1 min read

Sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah, Astro AWANI mempersembahkan sebuah karya khas berjudul Semboyan Berlagu, sebuah muzik video berdurasi dua minit yang mengangkat semangat kebangkitan rakyat Sabah dalam menentukan masa depan negeri di bawah bayu.
Menggabungkan elemen sinematik, visual metafora dan lirik yang kuat, Semboyan Berlagu menampilkan perjalanan simbolik anak-anak perantau Sabah yang pulang ke tanah kelahiran untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi.
Ia adalah seruan halus tetapi lantang yang bertujuan untuk mengingatkan bahawa setiap undi adalah suara masa depan.




Comments