Premis Perniagaan Empat Tingkat Terbakar
- farlisaramly
- Jul 3, 2025
- 1 min read
Updated: Jul 19, 2025
BENTONG, 3 Julai 2025 – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah premis perniagaan daripada musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang bermula di tingkat tiga bangunan tersebut.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bentong dan Karak serta lapan anggota bomba sukarela dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 3.05 petang. Bomba menggunakan skylift Majlis Perbandaran Bentong untuk memadam api, namun berdepan cabaran tekanan air rendah. Kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 6.05 petang dan dipadam sejam kemudian.
Tingkat tiga bangunan musnah hampir keseluruhan, manakala tingkat dua hanya terbakar kira-kira 50%.




Comments