Polis Cari Wanita Tunggang Motosikal Lawan Arus Sambil Main Telefon
- farlisaramly
- Jul 4, 2025
- 1 min read
Updated: Jul 19, 2025
Alor Setar : Tindakan seorang wanita menunggang motosikal secara melawan arus berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, semalam, boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan diri sendiri.
Perbuatan wanita itu menunggang motosikal sambil bermain telefon bimbit itu tular di media sosial hari ini. ianya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet yang menyifatkan berani tanpa bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut namun pihaknya akan mengesan wanita berkenaan.




Comments