PM ingatkan menteri baharu tidak buat keputusan tergesa-gesa
- latifah ariffin
- Dec 18, 2025
- 1 min read

Peringatan tegas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menteri baharu tidak tergesa-gesa membuat keputusan berkaitan dasar dan hala tuju kementerian, serta menekankan kepentingan untuk merangka dasar dengan teliti.
Perdana Menteri menyeru menteri baharu memberi ruang kepada pegawai dan penjawat awam kementerian untuk menyampaikan pandangan sebelum membuat keputusan, dengan tujuan membolehkan mereka memahami sistem pentadbiran kerajaan dan mekanisme Mesyuarat Jemaah Menteri terlebih dahulu.
Rombakan Kabinet MADANI menyaksikan tujuh menteri dan lapan timbalan menteri baharu dilantik, manakala dua menteri termasuk seorang timbalan menteri telah digugurkan daripada jawatan menteri, menandakan perubahan dalam kepimpinan kerajaan




Comments