PM baharu Jepun Takaichi bakal lakukan penampilan sulung diplomatik pada mesyuarat ASEAN
- latifah ariffin
- Oct 22, 2025
- 1 min read

TOKYO: Perdana Menteri Jepun yang baru dipilih, Sanae Takaichi sedang mengatur untuk membuat penampilan sulung diplomatiknya pada mesyuarat berkaitan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan pada Selasa.
Takaichi, pemimpin wanita pertama Jepun merancang untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Malaysia merangkap Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, beliau dijangka mengumumkan pemberian peralatan pertahanan kepada Malaysia di bawah rangka kerja Bantuan Keselamatan Rasmi.




Comments