PH, BN perkukuh kerjasama di DUN Moyog pastikan kemenangan calon - Ramanan
- latifah ariffin
- Nov 25, 2025
- 1 min read

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog diperkukuh untuk memastikan kemenangan calon PH Remysta Jimmy Taylor pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Ketua Bahagian UMNO Penampang, Datuk Mohd Hasnol Ayub, menegaskan komitmen BN Penampang dalam menyokong kerjasama BN-PH seperti yang diputuskan di peringkat pusat sebelum ini.
Calon PH Remystar, pemimpin muda berusia 37 tahun, dilihat sebagai pemimpin berwibawa dengan visi yang jelas yang disokong oleh jentera gabungan BN-PH untuk memenangi Moyog.




Comments