Pengasas Bersama Supertramp, Rick Davies Meninggal Dunia pada Usia 81 Tahun
- farlisaramly
- Sep 8, 2025
- 2 min read

Rick Davies, pengasas bersama kumpulan rock British, Supertramp, meninggal dunia pada hari Sabtu di kediamannya di Long Island pada usia 81 tahun.
Supertramp mengesahkan melalui laman web rasmi kumpulan itu bahawa Davies meninggal dunia akibat kanser selepas bertarung dengan penyakit multiple myeloma selama beberapa tahun.
Penyanyi dan penulis lagu ini dikenali kerana memegang peranan penting dalam mengekalkan kumpulan tersebut selepas rakan kongsi muziknya, Roger Hodgson, meninggalkan kumpulan akibat pertelingkahan dalaman pada tahun 1983.
Rick Davies dilahirkan di Swindon, England pada tahun 1944. Minatnya terhadap muzik bermula sejak kecil apabila sering mendengar lagu ‘Drummin’ Man’ nyanyian Gene Krupa, yang kemudian membentuk kecintaannya terhadap genre jazz, blues dan rock’n’roll sepanjang hayatnya, menurut penghormatan yang dipaparkan di laman web kumpulan.
Sebagai penulis bersama bersama Roger Hodgson, beliau merupakan suara dan pemain piano di sebalik lagu-lagu paling ikonik Supertramp, yang meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah muzik rock.
Davies turut menulis dan menyanyikan lagu hit seperti “Goodbye Stranger” dan “Bloody Well Right”, selain beberapa lagu popular lain untuk kumpulan itu.
Supertramp ditubuhkan pada tahun 1969 bersama pemain gitar Richard Palmer dan pemain dram Robert Millar. Album mereka yang pertama mencapai kejayaan komersial ialah Crime of the Century pada tahun 1974.
Album keenam kumpulan itu, Breakfast in America, mencapai status kuadruple platinum dan membawa pulang dua Anugerah Grammy.
Suara penuh jiwa Davies serta sentuhan pianonya yang unik pada alat muzik Wurlitzer menjadi nadi kepada bunyi khas kumpulan itu, tambah kumpulan tersebut.
Di luar pentas, Rick dikenali sebagai seorang yang penyayang, tabah, dan sangat setia kepada isterinya, Sue, yang telah dikahwininya selama lebih lima dekad. Setelah menghadapi cabaran kesihatan yang serius dan tidak dapat meneruskan jelajah bersama Supertramp, beliau terus berhibur bersama rakan-rakan sekampungnya menerusi kumpulan Ricky and the Rockets.
Supertramp menambah, "Muzik dan legasi Rick terus memberi inspirasi kepada ramai dan membuktikan bahawa lagu-lagu hebat tidak pernah mati, sebaliknya kekal hidup sepanjang masa." - fox news




Comments