Pemandu maut akibat serangan jantung ketika parkir lori rempuh 3 kenderaan
- latifah ariffin
- Oct 23, 2025
- 1 min read

KOTA BHARU: Pemandu lori pembancuh simen dipercayai mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia ketika sedang memakir kenderaan berhampiran Pusat Tuisyen Al-Amin di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari mengakibatkan kemalangan membabitkan empat kenderaan dan mangsa berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian mangsa berada dalam lori berkenaan dan sedang parkir kenderaan sebelum mengalami serangan jantung.
Akibat kejadian itu, katanya, lori dinaiki mangsa bergerak ke hadapan secara perlahan dan melanggar tiga kenderaan lain yang berada di hadapan.




Comments