Mesyuarat bincang pemulangan 40 peratus hasil Sabah diadakan Jumaat ini - Hajiji
- latifah ariffin
- Dec 18, 2025
- 1 min read

Mesyuarat antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi membincangkan pemulangan 40 peratus hasil Sabah dijangka diadakan Jumaat ini. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta semua pihak bersabar khususnya berkaitan mekanisme formula pembayaran serta isu lain di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Kita tunggulah… mekanisme formula pembayaran itu. Kalau tanya saya sebagai anak Sabah, saya ikut Perlembagaan sahaja. Selesai. Hal ini telah kita kemukakan berkali-kali dalam mesyuarat MA63," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.




Comments