Mengapa kita perlu mengenakan cukai sedangkan hasil yang dikutip selama ini belum dibelanjakan dengan baik?
- latifah ariffin
- Oct 21, 2025
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar sekiranya kerajaan mengenakan cukai tambahan kepada rakyat sekiranya hasil kutipan sedia ada masih tidak diuruskan dengan baik dan berhemah serta berterusan mengalami ketirisan besar.
Mengapa perlu kita beranggapan bahawa hasil yang telah dikutip itu dibelanjakan dengan sempurna dan tiada kebocoran?,” katanya ketika berucap pada Forum Ilmu Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, soal moral dan integriti mesti menjadi asas kepada sebarang dasar ekonomi termasuk percukaian kerana kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat terus menanggung beban tanpa jaminan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara.
Ujarnya, tadbir urus berintegriti dan keberanian politik merupakan asas utama kerajaan dalam mendepani cabaran dunia yang kini memasuki era pasca normal.




Comments