top of page

Melaka saksi kerjasama empat negara MABIMS perkasa Islam

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 23, 2025
  • 1 min read

AYER KEROH: Melaka menjadi saksi kejayaan pertemuan Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) Kali Ke-21 yang menyaksikan komitmen berterusan empat negara anggota itu dalam memperkukuh kerjasama serantau ke arah memperkasa hal ehwal Islam serta kesejahteraan ummah di rantau ini.

Pertemuan yang turut mendapat kerjasama penuh kerajaan Melaka itu signifikan apabila terbukti sebagai platform penting memperkukuh hubungan serantau sekali gus memperluas manfaat kepada masyarakat Islam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata penganjuran mesyuarat berprestij itu menghimpunkan menteri agama serta pegawai kanan daripada keempat-empat negara anggota bagi membincangkan pelbagai agenda memperkukuh kerjasama dalam pembangunan ummah, pendidikan Islam dan kelestarian nilai keagamaan sejagat.

Katanya, lebih 200 delegasi termasuk wakil institusi agama, akademik serta pertubuhan Islam dari negara anggota MABIMS berkampung selama lima hari dan berakhir kelmarin.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page