top of page

Mayat pelajar UMS ditemui di pentas Dewan Canselor

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

KOTA KINABALU: Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui mati di Dewan Canselor universiti berkenaan, lewat pagi tadi, dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.

Mayat pelajar lelaki berusia 23 tahun itu ditemui dua pekerja penyelenggaraan kira-kira jam 10 pagi, ketika sedang melakukan kerja di kawasan itu sebelum memaklumkan kepada pihak keselamatan universiti.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas Dewan Canselor.

Katanya, pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas mengesahkan pelajar itu meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 11.10 pagi.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page