top of page

Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly-Thinaah tempah slot separuh akhir

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 14, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam masa 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Juara Terbuka Thailand itu dijadualkan bertemu gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon Woo di pentas suku akhir esok.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-19, 21-18.

Pasangan ranking nombor satu dunia itu akan membuat perhitungan dengan gandingan Indonesia yang berada di ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page