top of page

Malaysia seri 2-2 dengan New Zealand pada aksi pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2025

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 24, 2025
  • 1 min read

IPOH: Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan dua gol yang dimiliki apabila seri 2-2 ketika menentang New Zealand pada aksi pembuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-31 di sini malam tadi.

Skuad Black Sticks melancarkan serangan bertali arus sebaik perlawanan bermula, namun anak buah Sarjit Singh yang sebaliknya berjaya memperoleh jaringan pendahuluan menerusi gol padang Shello Silverius pada minit ke-9.

Babak suku kedua menyaksikan tuan rumah terus di hadapan hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-21 sebelum New Zealand merapatkan kedudukan apabila dihadiahkan pukulan penalti strok yang mudah disempurnakan Sam Lane pada minit ke-26.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page