Malaysia di landasan betul untuk capai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 - Anwar
- latifah ariffin
- Nov 15, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Permintaan domestik yang berdaya tahan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi dengan pencapaian sebanyak 5.8 peratus, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh dan pasaran buruh stabil.
Kerajaan berkomited untuk memajukan agenda Ekonomi MADANI dengan fokus pada pembaharuan struktur, peningkatan produktiviti, dan menggalakkan pendigitalan serta pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.




Comments