Liverpool Setuju Ikat Ekitike
- farlisaramly
- Jul 21, 2025
- 1 min read

LONDON: Liverpool bersetuju menandatangani penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, dengan nilai perpindahan £69 juta (RM393.6 juta), yang boleh meningkat kepada £79 juta (RM450.6 juta) berdasarkan prestasi.
Pemain muda Perancis berusia 23 tahun itu turut diminati Newcastle dan Manchester United, namun Liverpool kini di landasan terbaik mendapatkannya selepas gagal mendapatkan Alexander Isak.
Hugo Ekitike akan menyertai jelajah pramusim Liverpool di Asia selepas perpindahannya dari Eintracht Frankfurt dimuktamadkan.
Penyerang muda Perancis itu menjaringkan 22 gol dalam 48 perlawanan musim lalu selepas berpindah dari PSG ke Bundesliga.
Pengendali Frankfurt, Dino Toppmoller, menyifatkan pemergian Ekitike sebagai satu kehilangan besar.
Perpindahan ini berlaku ketika Liverpool menyusun semula jentera serangan susulan kematian Diogo Jota dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Darwin Nunez juga dijangka dilepaskan, manakala Luis Diaz menarik minat Bayern Munich walaupun bidaan awal ditolak.
Setakat ini, Liverpool telah membelanjakan £116 juta untuk membawa masuk Florian Wirtz, Jeremie Frimpong, Milos Kerkez dan penjaga gol Giorgi Mamardashvili.




Comments