Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan
- latifah ariffin
- Jan 14
- 1 min read

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dilakukan berkenaan letupan gas penyaman udara di Universiti HELP untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Anwar mengirimkan doa kesembuhan kepada mangsa tercedera, Reeya Kaur Thandal, yang masih dalam rawatan dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Soo Yu Juan, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal dari UTAR, meninggal dunia dalam kejadian letupan gas tersebut di universiti swasta, manakala sembilan lagi cedera.




Comments