top of page

Lee Zii Jia Tarik Diri Dari Terbuka Jepun 2025

  • farlisaramly
  • Jul 7, 2025
  • 1 min read
Foto dari sumber Victor
Foto dari sumber Victor

Lee Zii Jia sah menarik diri daripada kejohanan Terbuka Jepun 2025 yang berlangsung di Tokyo dari 15 hingga 20 Julai ini, menurut laman rasmi BWF. Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Team LZJ.


Lee Zii Jia mengalami kecederaan buku lali ketika Pusingan Akhir Jelajah Dunia pada Disember lalu dan kembali bertanding pada Mac di Orleans Masters tetapi terkandas pada suku akhir selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-23, 7-21 dan kemudian beraksi pada kejohanan Seluruh England di Birmingham dari 11-16 Mac yang menyaksikan Zii Jia tersingkir di pusingan pertama kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-19, 16-21, 12-21.


Pemain ranking kelapan dunia itu kemudian menarik diri daripada Terbuka Switzerland di Basel dari 18-23 Mac lalu susulan kecederaan buku lali itu.

Foto IG dari Lee Zii Jia
Foto IG dari Lee Zii Jia

Hantaran misteri dibuat Zii Jia kini mengumpul lebih 146,000 tanda suka dan lebih 4,017 komen sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian berkenaan termasuk wujud dakwaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mungkin sedang berdepan masalah kesihatan peribadi atau mental.


Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya, selain Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sudah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa pemain itu bertindak sedemikian

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page