top of page

Lapan Maut, 17 Hilang Akibat Taufan Bualoi Landa Vietnam

  • farlisaramly
  • Sep 29, 2025
  • 1 min read
Pokok tumbang terbaring di tanah selepas Taufan Bualoi melanda wilayah Nghe An, Vietnam, 29 September 2025. — foto REUTERS
Pokok tumbang terbaring di tanah selepas Taufan Bualoi melanda wilayah Nghe An, Vietnam, 29 September 2025. — foto REUTERS

NGHE AN, HANOI – Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 17 lagi hilang akibat Taufan Bualoi yang melanda pantai tengah Vietnam, menyebabkan kerosakan besar akibat angin kencang dan hujan lebat.


Antara yang hilang termasuk 17 nelayan selepas bot mereka dipukul ombak besar di perairan Quang Tri. Taufan tersebut turut memusnahkan 245 rumah, menenggelami hampir 1,400 hektar tanaman serta memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan.


Seorang mangsa dilaporkan maut selepas dihanyutkan arus deras di bandar Hue, manakala seorang turut terbunuh di Thanh Hoa apabila sebatang pokok tumbang menghempap mangsa. Di Ninh Binh, lapan terbunuh dan tujuh cedera akibat angin kencang.


Kelajuan angin taufan menurun daripada 117 km/j kepada 74 km/j apabila ia bergerak melintasi Nghe An menuju Laos pada tengah hari Isnin.


Pihak berkuasa sebelum ini telah memindahkan lebih 28,500 penduduk dan menutup empat lapangan terbang, menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan.


Beberapa kawasan di Vietnam dijangka mengalami hujan lebat sehingga 500mm hingga Selasa, sekali gus meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page