Langkah Gagah Beregu Lelaki, Malaysia Mara ke Suku Akhir
- farlisaramly
- Jul 24, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR – Malaysia mengesahkan satu tempat ke suku akhir beregu lelaki Terbuka China apabila dua wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dijadual bertemu sesama sendiri di pusingan kedua.
Wei Chong-Kai Wun mara selepas menewaskan Wan Arif-Yap Roy King, manakala Azriyn-Wee Kiong mengatasi pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.
Satu lagi beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut layak ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu tuan rumah dan akan bertemu pasangan Thailand untuk tiket ke suku akhir.
Dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah mudah menewaskan pasangan muda negara dan akan bertemu beregu Jepun di pusingan seterusnya. Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut mara selepas menewaskan beregu Poland.




Comments