Kemelut belum reda, FAM kini berdepan Tribunal FIFA
- latifah ariffin
- Nov 6, 2025
- 1 min read

Kuala Lumpur: Isu membabitkan tujuh pemain warisan belum menemui noktah apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebenarnya masih berdepan satu lagi kes berasingan di Tribunal Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), selain keputusan rayuan yang ditolak badan induk dunia itu baru-baru ini.
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John mengesahkan FAM kini berdepan dua proses berbeza di peringkat FIFA yang masih berjalan dan perlu diselesaikan sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil.
"Kita semua kena tahu bahawa FAM sebenarnya berhadapan dengan dua kes iaitu membabitkan FIFA atas kesalahan pemalsuan dokumen dan badan induk itu juga berhadapan lagi kes dengan Tribunal FIFA yang masih berjalan sekarang ini," katanya.
Beliau menjelaskan, kes yang dirujuk kepada Tribunal FIFA lebih menjurus kepada isu kelayakan pemain untuk mewakili Malaysia (eligibility to represent Malaysia), dan siasatan lanjut sedang dijalankan panel berkenaan.




Comments