Kemalangan Ngeri Diogo Jota, Video dan Gambar Tular di Media Sosial
- farlisaramly
- Jul 3, 2025
- 1 min read
Updated: Jul 4, 2025

Madrid: Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia akibat kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun hari ini, hanya dua minggu selepas berkahwin dengan kekasihnya.
Pemain Portugal itu dipercayai sedang menaiki kereta bersama adiknya, Andre, 26, yang juga seorang pemain bola sepak dan dikhuatiri turut maut.
Jota baru sahaja berkahwin dengan Rute Cardoso, ibu kepada tiga anak mereka dan menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah di dunia dalam satu temu bual yang dikeluarkan, semalam.
Kemalangan itu berlaku di A-52 dalam wilayah Zamora. Jalan itu adalah laluan utama yang sering digunakan oleh pemandu dari utara Portugal. Perkhidmatan kecemasan di rantau Castilla dan Leon mengesahkan kejadian berkenaan.
"Bilik operasi 1-1-2 Castilla y Leon menerima beberapa panggilan yang melaporkan kemalangan kenderaan di KM65 lebuh raya A-52, di kawasan perbandaran Cernadilla, Zamora. "Sebuah kereta dilaporkan terbabit dalam kemalangan dan kenderaan itu sedang terbakar," menurut kenyataan itu.
Satu Unit Kecemasan Perubatan (UME) dan kakitangan perubatan penjagaan primer (MAP) dari Pusat Kesihatan Mombuey telah dihantar dan mereka mengesahkan kematian dua orang di lokasi kejadian."
Berita tragik ini muncul hanya dua minggu selepas Jota berkahwin dengan teman wanitanya sejak sekian lama, Rute di Porto.




Comments