top of page

Kejayaan SpaceX Selepas 10 Kali Gagal Lancar Roket Gergasi

  • farlisaramly
  • Aug 27, 2025
  • 1 min read
Roket Super Heavy milik SpaceX yang membawa kapal angkasa Starship berjaya berlepas dalam ujian penerbangan ke-10 dari tapak pelancaran syarikat itu di Starbase, Texas, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS
Roket Super Heavy milik SpaceX yang membawa kapal angkasa Starship berjaya berlepas dalam ujian penerbangan ke-10 dari tapak pelancaran syarikat itu di Starbase, Texas, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

SOUTH PADRE ISLAND – SpaceX akhirnya berjaya melancarkan roket gergasi Starship dalam ujian ke-10 selepas sembilan cubaan sebelum ini gagal.


Roket setinggi 123 meter itu, kini menjadi pelancar paling berkuasa di dunia, dilancarkan dari Starbase, Texas, dan merupakan sebahagian daripada perancangan Elon Musk untuk misi ke Marikh serta sokongan kepada NASA ke bulan.


Pelancar peringkat pertama, Super Heavy, jatuh ke Teluk Mexico seperti dirancang. Peringkat atas, Starship, berjaya melepaskan lapan satelit Starlink ke orbit buat pertama kali, meskipun mengalami sedikit kerosakan pada jubin penebat haba semasa kemasukan semula ke atmosfera.


Elon Musk mengucapkan tahniah kepada pasukan dan menyifatkan kejayaan ini sebagai langkah penting ke arah roket boleh guna semula sepenuhnya.


Walaupun cabaran masih menanti, SpaceX terus kekal di landasan sebagai peneraju teknologi pelancaran angkasa lepas.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page