Kebakaran Luar Kawalan Paksa Ribuan Penduduk Lari dari Ventura County
- farlisaramly
- Aug 8, 2025
- 1 min read

CALIFORNIA : Ribuan penduduk diarahkan berpindah apabila kebakaran hutan yang pantas melanda Ventura County, California, memusnahkan puluhan rumah dan mengancam ribuan struktur.
Kebakaran yang digelar Canyon Fire itu merebak dari 12 hektar kepada lebih 400 hektar dalam masa dua jam, didorong oleh angin kencang dan suhu tinggi yang mencecah 38°C.
Lebih 10,000 orang telah diarahkan berpindah dari kawasan seperti Camarillo, Piru, Val Verde dan Hasley Canyon.
Kebakaran turut mengancam talian kuasa dan ladang pertanian di sekitar sempadan Ventura–Los Angeles County.
“Jika pasukan penyelamat arahkan anda keluar, pergi tanpa ragu,” kata Pegawai Daerah LA, Kathryn Barger.
Lebih 150 anggota bomba, 11 pesawat dan 7 helikopter telah dikerahkan untuk memadam api.
Gabenor Gavin Newsom mengumumkan bantuan negeri dan persekutuan bagi menyokong usaha menyelamat dan perlindungan harta benda.
Kebakaran menyebabkan asap tebal yang menutup pandangan dan menyukarkan operasi.
“Segalanya berbahaya di luar sana. Api merebak terlalu pantas,” kata Kapten Bomba Ventura, Trevor Johnson.
Pusat pemindahan telah dibuka di College of the Canyons, Santa Clarita, bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Punca kebakaran masih dalam siasatan.




Comments