JKDM perketat langkah imbasan, pemeriksaan selepas dua kes seludup dadah besar 2023
- latifah ariffin
- Nov 18, 2025
- 1 min read

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil beberapa tindakan bagi menyekat kelompongan pintu masuk negara dari dieksploitasi termasuk sindiket penyeludupan dadah dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Australia. Langkah tegas yang diambil sejak 2023 itu termasuk melaksanakan imbasan 100 peratus selain menaik taraf mesin pemeriksaan kepada sistem kecerdasan buatan (AI) serta mewajibkan pradeklarasi susulan dua kes penyeludupan dadah besar membabitkan Port Klang pada tahun itu.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, JKDM mengambil langkah paling tegas sejak 2023 termasuk melaksanakan imbasan 100 peratus, menaik taraf mesin pemeriksaan kepada sistem kecerdasan buatan (AI) serta mewajibkan pra-deklarasi susulan dua kes penyeludupan dadah besar membabitkan Pelabuhan Barat, Port Klang pada tahun itu.
Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri semalam merujuk kepada insiden yang berlaku dua tahun lalu ketika beliau masih bertugas di Kementerian Kewangan.
"Dua kes berprofil tinggi di Australia dengan rampasan 336 kilogram heroin pada 13 Mac 2023 serta 662 kilogram syabu (Methamphetamine ) pada 4 Oktober 2023 oleh Australian Border Force (ABF) menjadi pencetus kepada rombakan besar-besaran dalam kawalan pintu masuk negara.




Comments