top of page

Jet F-16 Tentera Poland Terhempas Ketika Latihan Pertunjukan Udara, Juruterbang Maut

  • farlisaramly
  • Aug 29, 2025
  • 1 min read
Jet F-16 Tentera Poland Terhempas - FOTO dari media sosial
Jet F-16 Tentera Poland Terhempas - FOTO dari media sosial

WARSAW – Sebuah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Poland terhempas ketika menjalani latihan untuk pertunjukan udara di Radom, tengah Poland, semalam, mengorbankan juruterbangnya.


Kementerian Pertahanan Poland dalam satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut, manakala Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, menyifatkan juruterbang yang terkorban sebagai seorang pegawai yang berdedikasi dan berani.


"Seorang juruterbang Tentera Poland terkorban dalam kemalangan sebuah pesawat F-16.Beliau adalah pegawai yang sentiasa berkhidmat kepada negara dengan penuh keberanian dan dedikasi. Saya merakamkan penghormatan terhadap pengorbanan beliau," katanya dalam satu hantaran di platform X sejurus tiba di lokasi kejadian.

Menurut Angkatan Tentera Poland, pesawat terbabit berpangkalan di Pangkalan Udara Taktikal Ke-31 yang terletak berhampiran Poznan.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam atau penonton, dan operasi menyelamat telah digerakkan serta-merta sejurus kejadian berlaku.


Rakaman yang dikongsi media tempatan memaparkan detik pesawat itu melakukan gerakan aerobatik 'barrel roll', sebelum hilang kawalan, menjunam dan terbakar di atas landasan sekitar jam 5.30 petang GMT.


Pesawat tersebut dilaporkan musnah sepenuhnya akibat impak kemalangan.


Susulan tragedi itu, Pertunjukan Udara Radom 2025, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, telah dibatalkan sebagai langkah keselamatan dan penghormatan kepada juruterbang yang terkorban.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page