Itali cipta hatrik kejuaraan Piala Davis selepas tumpaskan Sepanyol 2-0
- latifah ariffin
- Nov 24, 2025
- 1 min read

BERLIN: Walaupun tanpa bintang utamanya Jannik Sinner dan Lorenzo Musetti, pemain tenis Itali meraih gelaran Piala Davis buat kali ketiga berturut-turut pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tuan rumah menjuarai acara final di Bologna selepas menewaskan Sepanyol 2-0, sekali gus memastikan kejayaan tiga tahun berturut-turut selepas kemenangan pada 2023 dan 2024.
Pasukan terakhir yang mencapai pencapaian seumpama itu ialah Amerika Syarikat, yang memenangi lima gelaran berturut-turut dari 1968 hingga 1972. Namun ketika itu, Piala Davis masih menggunakan format pusingan cabaran, yang memberikan laluan automatik ke final kepada juara bertahan.




Comments