Israel terus sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza, krisis makanan semakin parah
- latifah ariffin
- Dec 4, 2025
- 1 min read

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza telah mencetuskan krisis kemanusiaan di wilayah itu, sementara bekalan bantuan pula bertimbun di luar dan makanan menjadi rosak.
Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) bagi Kesiapsiagaan, Pengurusan Krisis dan Kesaksamaan, Hadja Lahbib, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Ia didedahkan dalam satu kenyataan, semalam, berhubung situasi di Gaza dan Tebing Barat, menjelang Mesyuarat Menteri-menteri Luar EU di Luxembourg.
Lahbib berkata, terdapat tiga keutamaan mendesak di Gaza ketika Israel berterusan melancarkan tindakan pembunuhan beramai-ramai.




Comments