top of page

Israel dakwa warga Gaza dihantar ke Afrika Selatan selepas 'diluluskan negara ketiga'

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 16, 2025
  • 1 min read

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa 153 penduduk Gaza yang tiba secara mengejut di Afrika Selatan sebenarnya sudah menerima kelulusan masuk daripada sebuah negara ketiga yang tidak dinamakan.

Jurucakap cabang tentera Israel yang menguruskan aliran bantuan ke Gaza atau COGAT, Shimi Zuaretz berkata, kumpulan itu hanya dibenarkan keluar dari Gaza selepas COGAT menerima pengesahan bahawa sebuah negara ketiga bersedia menerima mereka.

Beliau tidak mendedahkan ‘negara ketiga’ yang dimaksudkan.

Pada Khamis, sebaik mendarat di Johannesburg, kumpulan warga Gaza itu ditahan dalam pesawat selama 12 jam kerana pasport mereka tidak mempunyai cop keluar Israel, menurut polis imigresen Afrika Selatan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akhirnya membenarkan mereka turun selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menawarkan penginapan untuk kumpulan berkenaan.

NGO itu, Gift of the Givers, memaklumkan kepada media tempatan bahawa mereka tidak mengetahui siapa yang menempah penerbangan berkenaan atau penerbangan terdahulu pada 28 Oktober yang membawa 176 warga Gaza.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page