Inti pati taklimat Presiden UMNO: Bergerak solo PRU16, terbuka terima semula bekas ahli dan isu pembebasan Najib
- latifah ariffin
- Jan 14
- 1 min read

UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi memberi isyarat jelas untuk bergerak solo dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Perwakilan UMNO yang menghadiri sesi taklimat tertutup Presiden UMNO petang ini ketika dihubungi BH, memaklumkan perkara itu antara disebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pimpinan utama parti di akar umbi ketika menyentuh persiapan parti mendepani PRU16 kelak.
Bagaimanapun, beliau berkata Ahmad Zahid menegaskan meskipun BN bergerak solo, parti perlu juga menerima dinamika politik semasa yang menuntut UMNO menjalin persefahaman dengan parti yang kini berada di luar BN.
"Presiden tidak memperincikan strategi persefahaman itu sama ada dengan PH (Pakatan Harapan) atau PN (Perikatan Nasional). Namun strategi itu (tanding solo) bagi membolehkan UMNO mampu menjadi parti dominan selepas pilihan raya nanti.




Comments