top of page

India Arah Pemeriksaan Suis Bahan Api Pesawat Boeing

  • farlisaramly
  • Jul 15, 2025
  • 1 min read
Bangkai pesawat Air India Boeing 787-8 Dreamliner terletak di atas tanah terbuka, di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, Ahmedabad, India. - Foto REUTERS
Bangkai pesawat Air India Boeing 787-8 Dreamliner terletak di atas tanah terbuka, di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, Ahmedabad, India. - Foto REUTERS

NEW DELHI: India mengarahkan syarikat penerbangan negara memeriksa suis bahan api pada pesawat Boeing 737 dan 787 susulan nahas Air India bulan lalu yang mengorbankan 260 nyawa. Siasatan awal mendapati suis bahan api secara tiba-tiba beralih dari mod 'run' ke 'cut off' sejurus selepas berlepas.


Walaupun Boeing dan FAA mendakwa suis itu selamat, India serta Korea Selatan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memulakan pemeriksaan. FAA pernah mengeluarkan nasihat pada 2018 agar ciri penguncian suis diperiksa, namun ia tidak diwajibkan ketika itu.


Air India kini menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat-pesawat miliknya dan setakat ini belum menemui sebarang masalah. Negara lain termasuk Jepun turut memantau situasi dan bersedia mengambil tindakan jika perlu.


Laporan itu juga menyebut bahawa modul kawalan pendikit merangkumi suis bahan api sudah diganti pada 2019 dan 2023 bagi pesawat yang terbabit dalam nahas terbabit.- REUTERS



Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page