top of page

Hujan Lebat Landa Korea Selatan: 5 Hilang, 1 Maut

  • farlisaramly
  • Jul 20, 2025
  • 1 min read
Pemandangan menunjukkan kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di Sancheong, Korea Selatan, pada 19 Julai 2025- foto dari REUTERS
Pemandangan menunjukkan kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di Sancheong, Korea Selatan, pada 19 Julai 2025- foto dari REUTERS

SEOUL, 20 Julai – Lima orang hilang dan seorang maut di Gapyeong, Korea Selatan akibat hujan lebat, banjir dan tanah runtuh, menurut laporan Agensi Berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa bencana.


Setakat jam 6 pagi Ahad, jumlah korban meningkat kepada 10 orang, manakala lapan lagi masih hilang, kebanyakannya di kawasan selatan dan tengah negara.


Hujan lebat yang mula melanda sejak Rabu lalu kini menjejaskan kawasan utara termasuk ibu negara dan Wilayah Gangwon. Dua lagi mangsa hilang dilaporkan di bandar Gwangju.


Di Sancheong, pasukan bomba masih menjalankan operasi menyelamat, dengan 58 mangsa telah berjaya diselamatkan. Kawasan itu mencatat hujan kumulatif tertinggi, iaitu 793.5 mm, diikuti Hapcheon (699 mm) dan Hadong (621.5 mm).


Pihak berkuasa juga merekodkan 1,920 insiden kerosakan awam seperti jalan dinaiki air dan tanah runtuh serta 2,234 kes kerosakan harta persendirian termasuk rumah dan ladang.


Seramai 12,921 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan di 14 bandar dan wilayah.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page