Hari penamaan calon berlangsung esok
- latifah ariffin
- Nov 14, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR – Calon-calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan diketahui esok.
Pada hari penamaan calon, setiap daripada mereka diberikan tempoh satu jam dari 9 hingga 10 pagi, untuk mengemukakan borang pencalonan sebelum senarai rasmi yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya masing-masing.
Setelah pengesahan selesai, calon-calon bertanding boleh memulakan kempen sepanjang tempoh 14 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam 28 Nov.
Bagi memudahkan proses, SPR menasihati bakal calon supaya mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat Pegawai Pengurus atau pejabat PRN Sabah, serta membuat pembayaran deposit sebelum hari penamaan.
Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri kali ini.




Comments