top of page

Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Jan 14
  • 1 min read
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15-21 Jan 2026.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15-21 Jan 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak lima sen kepada RM2.84 seliter bagi tempoh sama, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.




Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page