top of page

Hannah sahkan Kim Swee disaran FAM dilantik Pengarah Teknikal AMD

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 4, 2025
  • 1 min read

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bekas pengendali Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee telah disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dilantik sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata rancangan melantik Kim Swee itu merupakan perkembangan positif.

“Ini memberi peluang buat anak tempatan terlibat dalam program pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata syor itu datang daripada FAM dan keputusan mereka turut dipantau Majlis Sukan Negara (MSN).

Media melaporkan Kim Swee bakal memulakan tugas berkenaan seawal 1 Januari depan.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page