top of page

Hakim Terkenal Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser

  • farlisaramly
  • Aug 21, 2025
  • 1 min read
Hakim Rhode Island, Frank Caprio. - Foto Wikipedia
Hakim Rhode Island, Frank Caprio. - Foto Wikipedia

WASHINGTON, 21 Ogos – Hakim Rhode Island, Frank Caprio, yang dikenali menerusi program Caught in Providence dan digelar 'hakim paling baik di dunia', meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser pankreas, semalam


Berita pemergiannya disahkan menerusi kenyataan ahli keluarga serta hantaran di media sosial rasmi beliau, sehari selepas Caprio memohon doa daripada pengikutnya menerusi satu video dari hospital.


Caprio dikenang kerana sifat belas kasihan dan pendekatan penuh kemanusiaan dalam mengendalikan kes-kes kecil di mahkamah, yang menyentuh jutaan hati di seluruh dunia.


Gabenor Rhode Island, Dan McKee, menyifatkan Caprio sebagai “permata berharga” dan telah mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page