top of page

Hajiji, pemimpin parti serah borang tanding PRN Sabah ke-17

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 15, 2025
  • 1 min read

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (DUN-Sulaman) bersama tiga lagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu) dan Dr Bonaventure Boniface (Tamparuli) tiba di Dewan Seri Sulaman, di sini, sejurus Pusat Penamaan Calon itu dibuka jam 9 pagi tadi.

Keempat-empat calon diiringi ratusan penyokong yang turut disertai beberapa pemimpin tertinggi GRS, termasuk Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin.

Perarakan calon GRS bermula dari Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di hadapan Pasar Pekan Tuaran hingga ke pekarangan Dewan Seri Sulaman dengan jarak kira-kira 500 meter.

Penyokong kemudian berhimpun di Padang Istiadat Pekan Tuaran berhadapan dengan Dewan Sri Sulaman bersama penyokong beberapa parti lain.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page