top of page

Hajiji bangga pencapaian anak Sabah terima anugerah kepimpinan ASEAN

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menzahirkan rasa bangga atas pencapaian anak jati Sabah, Gerald Wong, yang menerima The 7th ASEAN Rural Development and Poverty Eradication Leadership Award, sekali gus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat ASEAN.

Beliau berkata, pengiktirafan itu membuktikan keupayaan anak Sabah bersaing dan memimpin inisiatif pembangunan luar bandar di peringkat serantau, serta menjadi inspirasi kepada golongan belia.

Gerald Wong, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou, dipilih sebagai salah seorang daripada 20 penerima anugerah mewakili 10 negara ASEAN, sekali gus meletakkan Sabah sebaris dengan tokoh pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di rantau ini.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page