top of page

Gol Bekas Pemain Arsenal Buka Kekalahan, Gyokeres Hanya Catat 14 Sentuhan

  • farlisaramly
  • Aug 7, 2025
  • 1 min read
foto dari REUTERS
foto dari REUTERS

LONDON: Penyerang baharu Arsenal, Viktor Gyokeres gagal menyerlah dalam debutnya di Emirates selepas hanya mencatat 14 sentuhan sebelum digantikan pada minit ke-62 dalam kekalahan 3-2 kepada Villarreal.


Gyokeres, 26, yang memakai jersi nombor 14, dibeli dari Sporting Lisbon dengan nilai £18 juta (RM101 juta), namun gagal memberi impak walaupun menerima sambutan hangat penyokong.


Sebaliknya, bekas pemain termahal Arsenal, Nicolas Pepe menjaringkan gol pertama buat Villarreal sebelum Karl Etta Eyong dan Arnaut Danjuma menambah jaringan.


Christian Norgaard menanduk masuk gol pertama Arsenal sebelum rehat, dan Martin Odegaard menyempurnakan penalti selepas Max Dowman dijatuhkan, menjadikan kedudukan 3-2.


Perlawanan berakhir dengan penentuan penalti, namun Noni Madueke gagal menyempurnakan sepakan terakhir dan Villarreal menang 4-3.


Arsenal terus dibelenggu isu kecergasan apabila Riccardo Calafiori dan Kai Havertz tidak tersenarai, manakala beberapa pemain lain seperti Christhian Mosquera, Martin Zubimendi dan Kepa Arrizabalaga membuat penampilan pertama.


Arsenal akan menentang Athletic Bilbao dalam aksi pramusim terakhir hujung minggu ini sebelum Liga Perdana Inggeris 2025/26 bermula. - AGENSI

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page