top of page

Gemilang di Persada Dunia: Pearly-Thinaah No. 2 Dunia!

  • farlisaramly
  • Jul 29, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah kini menghuni ranking nombor dua dunia — pencapaian tertinggi dalam kerjaya mereka dan terbaik buat Malaysia sejak 2009.


Mereka memintas pasangan Jepun selepas mara ke separuh akhir Terbuka China minggu lalu, hasil prestasi konsisten sejak kebelakangan ini.


Kedudukan ini dijangka meletakkan mereka sebagai pilihan kedua di Kejohanan Dunia di Paris (25 Ogos–1 September), sekaligus membuka peluang meraih pingat dunia — sesuatu yang belum dicapai beregu wanita negara.


Namun, mereka perlu memenangi kejuaraan besar bagi mencabar kedudukan nombor satu dunia milik gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, yang mendahului dengan 22,000 mata.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page