top of page

FK Sarajevo namakan akademi bola sepak sempena Tunku Mahkota Ismail

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 28, 2025
  • 1 min read

Kuala Lumpur: Kelab bola sepak ternama Bosnia dan Herzegovina, FK Sarajevo mencipta sejarah tersendiri apabila menamakan pusat latihan pemain mudanya sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail, sebagai penghormatan kepada Pemangku Sultan Johor itu.

Pengumuman rasmi dibuat kelab berkenaan selepas menerima perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, sekali gus menandakan detik penting dalam usaha mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan pembangunan akar umbi bola sepak.

FK Sarajevo dalam kenyataan di laman rasminya berkata, penamaan akademi itu mencerminkan pengiktirafan terhadap visi dan sumbangan Tunku Mahkota Ismail dalam memperkasakan sukan bola sepak, bukan hanya di Malaysia malah di peringkat global.

"Kelab Bola Sepak Sarajevo dengan bangganya mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini dinamakan FK Sarajevo – Akademi Bola Sepak Tunku Mahkota Ismail, dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor," kata kenyataan itu.



Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page