top of page

FAM terkejut keputusan FIFA

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 4, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan peguam dan pengurusan badan induk itu terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jawatankuasa Rayuan FIFA dalam kenyataan, sebentar tadi memaklumkan rayuan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung hukuman yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ini ditolak.

Mohd Yusoff dalam kenyataan menjelaskan bahawa FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan itu sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

"FAM sudah menerima keputusan rayuan daripada FIFA, di mana rayuan kami ditolak," kata Mohd Yusoff dalam kenyataan, hari ini.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page