top of page

Elon Musk lancar Grokipedia, pesaing baharu Wikipedia

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 29, 2025
  • 1 min read

WASHINGTON: Usahawan teknologi dan bilionair Elon Musk melancarkan Grokipedia, sebuah ensiklopedia dalam talian berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai alternatif kepada Wikipedia.

Dilancarkan pada Isnin oleh syarikat AI milik Musk, xAI, Grokipedia menampilkan lebih 880,000 artikel yang dijana sepenuhnya oleh Grok – chatbot AI yang turut digunakan dalam platform media sosial X.

Berbeza dengan Wikipedia yang ditulis dan disunting oleh komuniti sukarelawan, Grokipedia tidak membenarkan suntingan pengguna, namun menyediakan ruang untuk maklum balas sekiranya terdapat kesilapan fakta. Musk menyatakan matlamat Grokipedia adalah untuk menyampaikan “kebenaran, seluruh kebenaran dan tiada yang lain selain kebenaran.”



Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page