top of page

Ekonomi Indonesia Tertekan Akibat Rantai Demonstrasi Besar-Besaran

  • farlisaramly
  • Sep 1, 2025
  • 1 min read
Seorang penunjuk perasaan membawa bendera Indonesia di depan ibu pejabat polis yang dibakar dan dirompak semasa demonstrasi di Surabaya. - FOTO AFP
Seorang penunjuk perasaan membawa bendera Indonesia di depan ibu pejabat polis yang dibakar dan dirompak semasa demonstrasi di Surabaya. - FOTO AFP

JAKARTA : Gelombang demonstrasi yang melanda beberapa bandar besar Indonesia sejak tiga hari lalu memberi kesan besar kepada ekonomi negara, khususnya sektor perkhidmatan yang menyumbang 45% kepada KDNK.


Aktiviti di kawasan Jabodetabek (Jakarta dan sekitarnya) lumpuh, menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah Rp9 trilion (sekitar RM27 bilion).


Pakar ekonomi dari CELIOS, Nailul Huda, menjelaskan gangguan terhadap sektor perkhidmatan turut memberi kesan kepada kuasa beli rakyat, kutipan cukai, dan pelaburan.

Sektor runcit, pengangkutan dalam talian, dan perusahaan kecil juga mengalami kejatuhan hasil.


Selain itu, kerosakan infrastruktur akibat demonstrasi ganas menambah kerugian sekitar Rp55 bilion (RM17.2 juta), termasuk kerosakan pada sistem MRT, Transjakarta, CCTV dan peralatan keselamatan. Sebanyak 22 hentian Transjakarta rosak, enam daripadanya dibakar dan dijarah.


Kerajaan Jakarta mengambil langkah pantas menawarkan subsidi pengangkutan bernilai Rp18 bilion (RM5.6 juta) untuk memastikan MRT dan Transjakarta beroperasi percuma sehingga 8 September. Usaha pembaikan dijangka selesai selewat-lewatnya 9 September. - AGENSI

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page